PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaak0b berkata rakan seangkatannya, Raja Azura, masih lagi belum menerima hakikat bahawa k0ntrak kedua- dua mereka mengendalikan Sinar Pagi di Sinar FM tidak disambung.
Salih, 54, berkata, dia faham dengan keadaan Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain telah sama-sama memperjuangkan radi0 tersebut sehingga mencapai kejayaan.
“Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.
“Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar DM termasuklah tagline ‘Muzik Retr0 Terbaik’ ditukar kepada ‘Menyinari Hidupmu’, di mana isi kandungan dan hala tuju radi0 berkenaan juga diubah,” katanya yang dihubungi mStar 0nline pada Isnin.
Pada 22 N0vember lalu, Salih dan Raja Azura membuat pengumuman meninggalkan stesen berkenaan bermula 27 N0vember 2015 ketika hadir sebagai artis jemputan di pentas Gegar Vaganza 2 minggu keenam di Dewan Audit0rium Majlis Bandaraya Shah Alam, (MBSA).
Pengumuman tersebut membuatkan ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apakah punca k0ntrak mereka tidak disambung lagi.
Bagaimanapun pada Ahad lalu di pr0gram GV2, kumpulan Sepahtu mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Salih dan Raja Azura bagi segmen Sinar Pagi itu.
Sementara itu, Salih berkata, dia terpaksa akur apabila khidmatnya sebagai penyampai radi0 sl0t berkenaan tidak diperlukan lagi walaupun sudah sembilan tahun mengendalikan segmen berkenaan.
“Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.
“Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan sl0t petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.
“Ada juga beberapa stesen radi0 menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi.
Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini,” ujarnya.
Ditanya bagaimana dia akan menguruskan keluarganya apatah lagi pelawak itu mempunyai empat 0rang isteri beserta anak yang ramai, kata Salih, dia percaya Tuhan pasti akan memberi rezeki yang cukup buat keluarganya.
Malah Salih juga mahu kembali aktif menerima undangan persembahan di luar selain mahu memulakan perniagaan.
“Sepanjang sebulan ini, saya cuba buat kerja luar dahulu. Maklumlah, sebelum ini, apabila mendapat tawaran menjayakan sesebuah majlis, saya terikat dengan kerja deejay.
“Maka kali ini saya f0kus semula meneruma undangan persembahan. InsyaAllah, Allah yang memberi rezeki, bukan manusia. Yang penting kita perlu usaha, InsyaAllah,” tuturnya.
Raja Azura yang p0pular dengan panggilan Kak Engku dan Salih (SY) sudah hampir 10 tahun bertugas di stesen radi0 berkenaan dalam mengendalikan segmen Sinar Pagi.
sumber : http://tapakkepoh.blogspot.my/
0 comments:
Post a Comment