Pendedahan rakan arwah Yus, Ilham Tuah Raja Lawak yang menceritakan sikap sebenar arwah semasa hidupnya. Sungguh tidak sangka..
Pada yang ingin mengenali peribadi Arwah Pak Yus, bacalah dengan nama Allah.
Suatu ketika saya dalam kesempitan wang, insan inilah yang datang menghulurkan bantuan.
"Nah! Ambillah duit ini. Kalau tak ada duit nak hidup, habaq kat aku jangan habaq kat 0rang lain. Kita geng utara, jangan buat malu kat 0rang," katanya sambil ketawa.
Di kemudian hari, bila saya nak memulangkan kembali duit yang dipinjamkan, inilah kata-kata arwah:
"Aku tak mahu. Daripada hang bagi kat aku, baik hang bagi kat anak yatim tak pun pergi belanja kawan-kawan. Ramai lagi yang perlukan duit itu," katanya.
"Mulianya hati kamu,"
Ketika mana saya berasa b0san, insan inilah yang akan mengajak lepak bermain PS4 FIFA di rumahnya. Manchester City adalah pasukan kegemaran dia. Sebelum game bermula, dia akan siap berpakaian jersi dan kasut b0la, semangat katanya. Dari tengah malam sampai pagi penuh dengan gelak ketawa.
"Riangnya kamu,"
Ketika berada di kampung, insan inilah yang akan call atau WhatsApp ajak main Futsal dan b0la sepak. Bayar c0urt, bayar padang, bayar pengadil semua guna duit p0ket dia. Selesai bermain, insan inilah yang akan belanja satu pasukan. Kadangkala sekali dengan team lawan. Murahnya hati kamu.
Apabila Raja Lawak United ditubuhkan, insan inilah yang sp0nsor kami jersi dan b0la. Dalam padang, dialah kapten kami. Atas stage k0medi, dialah Ment0r dan Id0la kami. Teringat pada pesanan insan ini kepada saya,
"Bila dah femes nanti, jangan lupa diri, jangan s0mb0ng," katanya.
Tetapi apakan daya, kehendak Allah. Saya terkilan. Arwah pernah meminta saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan tetapi tidak sempat untuk pr0ses rakaman. Katanya, "Aku nak lagu ini, aku nak rap du0 dengan Waris,". Tersenyum saya pada ketika itu.
Saya terkilan, tak sempat membalas segala jasa baik arwah ketika dia masih bernafas. Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku dan tidak bernyawa.
Jam 1 pagi, saya mendapat tahu berita pemergiannya, saya terus tutup cafe. Dari Perak saya terus ke H0spital Selayang. Alhamdulillah sempat juga. Saya kapankan arwah, saya s0latkan arwah, saya usungkan jenazah arwah. Sempat juga saya kucup dahi arwah untuk kali terakhir. Wajah dia jelas tersenyum.
Jika benar di dahinya tertera kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah bahawa dia bukan biasa-biasa. Saya beritahu ini bukan bertujuan untuk riak atau sebagainya tetapi hanya untuk khabarkan. Tiada apa lagi yang mampu saya balas jasa baik arwah melainkan iringan dan kiriman d0a.
Saham akhirat insan ini sebagai salah se0rang penyumbang kepada sebuah sek0lah agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar.
Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih di atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih di atas ilmu dan nasihat dari kamu. Al-fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah. - Ilham Tuah Raja Lawak
sumber : http://gegarbicara.blogspot.my/
0 comments:
Post a Comment