ARAU – “Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sek0lah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian.”
Itulah peristiwa dua tahun lalu yang diceritakan se0rang kerani Sek0lah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, di sini, tentang keperibadian arwah Yus Jambu atau nama sebenarnya, Yussry Ed00, 39.
Mardiah Abdul Salam, 40, berkata, arwah Yus datang ke sek0lah itu untuk menderma bagi pembangunan agama Islam.
Menurutnya, arwah datang kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mac 2013 dengan memakai t-shirt, berjaket biru, bert0pi dan berkaca mata hitam.
“Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu se0rang pelak0n dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma.
“Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak s0mb0ng dan sangat merendah diri,” katanya.
Mardiah berkata, arwah tidak mahu menerima resit tetapi sebagai sekolah yang bergantung kepada sumbangan orang ramai, dokumen tersebut sangat penting untuk diserahkan kepada penderma dan sebagai simpanan sekolah.
Katanya, wang yang didermakan 0leh arwah Yus itu digunakan untuk sek0lah tersebut termasuk Sek0lah Rendah Islam Al-Furqan yang ketika itu masih di bawah kel0laan Madi.
Madi merupakan sek0lah di bawah pentadbiran Pas Perlis yang mula ber0perasi pada Disember 1992 mempunyai 200 pelajar terdiri daripada 15 0rang tenaga pengajar.
Masuk duit dalam tabung masjid
Kisah dermawan Yus tidak terhenti di situ, di tempat asalnya di Kampung Nesam, Yus se0rang yang tidak pernah putus memberi derma ke dalam tabung Masjid Nurul Iman kampung berkenaan.
Setiausaha masjid, Ali Hanapiah M0hammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.
“Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Ed00 Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Ed00.
“Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini,” katanya.
Ali Hanapiah yang juga sepupu kepada arwah Yus berkata, pelawak itu se0rang yang pemurah sejak dari zaman sek0lah lagi.
“Kalau dalam p0ketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela p0ketnya k0s0ng asal dapat memberi.
“Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis,” katanya.
Disenangi guru
Bekas guru kepada Yus, Abd Kadif Lebai Shafei, 48, pula berkata, dia mengenali arwah Yus sebagai se0rang pelajar yang sangat mengh0rmati guru.
Menurutnya, biarpun Yus bukan se0rang pelajar cemerlang dalam akademik tetapi dia sangat disenangi rakan-rakan sek0lah dan guru-guru.
“Waktu itu saya warden asrama Sek0lah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, arwah Yus ketika itu se0rang pemain b0la sepak yang aktif.
“Sebagai se0rang cikgu agama, saya selalu nasihatkan Yus supaya tak lalai dan Alhamdulillah dia sering ke surau untuk s0lat berjemaah,” katanya yang kini merupakan guru besar Sek0lah Rendah Islam (SRI) 1 Jalan Abi T0k Hashim, di sini.
Abd Kadif berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah Yus pada Julai lalu ketika menjemputnya untuk memberi m0tivasi kepada 600 anak-anak yatim dan miskin di satu pr0gram di sek0lah tersebut.
“Ketika bulan puasa, Yus sempat luangkan masa hampir sejam di sek0lah kami untuk beri semangat kepada murid dan anak yatim. Dia langsung tak meminta bayaran.
“Dia juga nasihatkan murid supaya mendengar kata cikgu. Saya kagum dengan arwah kerana dia memberi c0nt0h yang baik kepada 0rang lain melalui keperibadiannya,” katanya.
sumber : http://gegarbicara.blogspot.my/
0 comments:
Post a Comment