BAGI seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, peluang bersua muka dengan kerabat diraja tentunya bukan satu perkara biasa.
Namun bagi Maisie Greg0ry, peluang sekali seumur hidup itu bertukar menjadi kenangan yang 'menyakitkan' buatnya.
Apa tidaknya, pada masa itulah dia menjadi mangsa 'penampar' seorang askar pengiring.
Maisie dipilih untuk menghadiahkan sejambak bunga kepada RATU ELIZABETH ketika kunjungan pemerintah ENGLAND itu ke Cardiff untuk satu majlis anjuran Regimen Askar Diraja Cardiff.
Maisie yang nampak sangat c0mel dengan gaun tradisi Wales, berada di tepi askar pengiring berkenaan ketika kejadian yang tidak disengajakan itu berlaku.
0 comments:
Post a Comment