Sebuah cubaan mer0mpak di BRAZIL bertukar menjadi satu insiden yang melucukan apabila seorang angg0ta kumpulan per0mpak itu telah dibelasah 0leh wanita yang juga seorang penggusti MMA!
Menurut sebuah laporan dalam MMA Fighting.c0m, wanita yang cuba dirompak itu ialah Monique Bastos yang merupakan pengamal seni mempertahankan diri.
Bastos sedang dalam perjalanan ke latihan jiu-jiutsu bersama dua rakan lain semasa insiden tersebut berlaku.
“Saya sedang berjalan ke kelas jiu-jitsu saya apabila per0mpak yang bermotorsikal itu tiba-tiba muncul dan berkeras mahukan telefon bimbit kami,” jelas Bast0s kepada laman web tersebut.
“Saya perasan bahawa mereka tidak membawa sebarang senjata. Apabila mereka cuba untuk meloloskan diri, saya terus mengangkat tayar belakang motorsikal mereka, lalu mengakibatkan mereka terjatuh ke atas jalan raya.
“Perompak yang berjaya mengambil telefon bimbit saya sempat larikan diri, tapi saya berjaya ‘menangkap’ rakannya,” terang Bast0s.
Penggusti MMA itu seterusnya mencekik per0mpak tersebut sebelum mengheretnya ke tepi jalan, di mana lelaki itu telah dibelit dengan kuat sementara menunggu kedatangan pihak polis.
Pencuri tersebut, Wesley Sousa de Arauj0 terpekik terlolong sewaktu bahu dan tengkuknya dibelit kaki Bastos, sebelum ditahan 15 minit kemudian.
Dengan bangganya, Bastos mengakui bahawa itu bukanlah kali pertama beliau berjaya mematahkan cubaan merompak.
“Saya telah melaluinya beberapa kali sebelum ini, dan ini kali kedua saya melawan balik serangan oleh penjahat,” katanya.
“Dalam insiden lalu, dua lelaki berpisau cuba untuk merompak saya, tetapi saya berjaya mendapatkan kembali telefon bimbit saya dengan membuka langkah jiu-jitsu. Ianya sesuatu yang berisik0 tinggi, tapi saya nekad untuk lakukannya demi menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan saya, jadi saya praktikkan apa yang dipelajari,” kata Bast0s mengakhiri perbualan,
0 comments:
Post a Comment