J0H0R BARU, 29 N0v: Sultan J0h0r, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri dan memberi temp0h sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan 0perasinya.
"Saya mahu premis vape ditutup mulai 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.
"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada g0l0ngan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.
"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan p0litik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas memetik laporan mStar 0nline.
Baginda bertitah negeri mempunyai hak untuk menguatkuasakan undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.
Selain itu, baginda turut mengarahkan kerajaan negeri untuk bersidang pada minggu depan bagi merangka perancangan untuk memudahkan pr0ses tersebut.
Baginda juga bertitah ahli p0litik harus berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape.
"Kenapa ada ahli p0litik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.
"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.
"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," titah baginda.
Menurut baginda, kesan jangka panjang pengunaan vape, pengguna perlu membayar cukai untuk menanggung k0s bagi membiayai rawatan.
Selain itu juga, baginda turut bertitah pengharaman vape di negeri j0h0r meliputi seluruh penjualan pr0duk yang berkaitan dengan vape.
"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak b0leh menjual nik0tin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?
"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada g0l0ngan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.
Sultan J0h0r memberi amaran mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang tersebut bermula 1 Januari depan bakal dikenakan tindakan.
sumber : http://www.siakapkeli.my/
0 comments:
Post a Comment